Skip to content
Seorang wanita berkaca mata, dengan rambutnya yang panjang dan hitam ditiup angin sedang menghadap ke bahagian sisinya.

CARA MEMBASUH RAMBUT DENGAN BETUL

PENJAGAAN RAMBUT YANG BERBALOI


Petua Berharga

Pernahkah anda perasan bahawa, apabila anda membasuh rambut di salon, rambut anda terasa lebih lembut, licin dan lebih beralun? Sebabnya, bukan saja produk profesional yang digunakan, tetapi cara pendandan rambut itu membasuh rambut anda. Menggunakan air suam atau sejuk pada rambut anda, mengurut lembut dengan syampu pada seluruh permukaan kulit kepala anda dan menunggu perapi diaktifkan hanyalah beberapa petua penting untuk membasuh rambut anda dengan betul. Mahu tahu lebih lanjut untuk cuba melakukannya di rumah? Mudah saja!

  • 1

    Jangan lakukannya terlalu kerap

    Membasuh rambut terlalu kerap menghilangkan minyak semula jadi daripada kulit kepala anda, dan mengakibatkan kesan sebaliknya; akar rambut menjadi lebih berminyak.

  • 2

    Laraskan suhu air

    Air seharusnya suam atau sejuk, jangan sekali-kali terlalu panas; haba berlebihan boleh menyebabkan rambut anda kering.

  • 3

    Jimatkan Syampu

    Amaun syampu yang sama dengan 1/4 daripada tapak tangan anda cukup untuk rambut anda. Hanya gunakannya sekali, agar rambut tidak menjadi berat.

  • 4

    Urut perlahan-lahan

    Dengan gerakan membulat, gosok syampu selama lebih kurang 20 saat. Biarkan syampu mengalir turun ke hujung rambut.

  • 5

    Beri perhatian kepada perapi

    Tidak seperti syampu, perapi hanya perlu digosok pada rambut dan hujungnya. Biarkan perapi itu terperap pada rambut anda selama 5 hingga 7 minit.

  • 6

    Ingat, kurang adalah lebih baik

    Amaun yang bersamaan dengan satu sudu kecil sudah cukup untuk rambut pendek. Untuk rambut yang sederhana panjang hingga panjang, setengah sudu besar sudah memadai.

  • 7

    Bilas rambut anda dengan sempurna

    Pastikan semua sisa dibersihkan. Bilas rambut anda sekali lagi dengan air sejuk; kejutan terma daripada perubahan suhu menjadikannya lebih berkilat!

  • 8

    Aktifkan peredaran pada akar

    Semasa masih lagi berada di dalam bilik mandi, gunakan sikat untuk meleraikan kekusutan rambut perlahan-lahan, sentiasa dari hujung rambut ke bahagian tengah rambut.