Model dengan rambut lembut sempurna tersenyum.

UNTUK RAMBUT LURUS YANG LEBIH LEMBUT

CARA MENGATASI RAMBUT KEMBANG

 

Tidak masuk akal untuk berfikir bahawa rambut lurus tidak memerlukan penjagaan khas. Sama seperti wanita lain dengan jenis rambut yang berlainan, anda memerlukan rutin yang anda boleh harapkan, dengan produk khusus untuk menjadikan rambut terhidrat serta lebih lembut, bermaya, berkilat, dan tentunya, tidak kembang. Tetapi adakah anda tahu apa produk itu? Kami telah menyediakan senarai semak produk asas yang ringkas tetapi berkesan untuk mengekalkan rambut lembut sempurna anda setiap hari. Lihatlah senarai semak ini!

Untuk rambut lurus lembut ...

  • 1

    Mulakan dengan syampu dan perapi anda

    Jangan guna product sebarangan yang terdapat di rumah. Untuk mendapatkan kesan lembut sempurna seperti yang diingini, gunakan syampu dan perapi yang dibuat khusus untuk rambut lurus. Formula aktif dalam produk ini melembapkan rambut dari akar hingga hujung, tanpa memberatkan daripada rambut. Ia menutup kutikel rambut yang pecah, agar rambut yang kusam, dan tidak bermaya dilindungi dengan lebih baik daripada unsur dan faktor luaran lain, seperti cahaya matahari, angin, kelembapan, dan pencemaran.

  • 2

    Tambahkan krim rawatan kepada rutin penjagaan rambut anda

    Memang benar, rambut lurus selalunya lebih terhidrat berbanding jenis rambut lain. Ini adalah kerana minyak semula jadi pada kulit kepala boleh sampai ke hujung rambut dengan lebih cepat, kerana ia bergerak mengikut laluan yang lurus. Tetapi ini tidak bermakna helaian rambut anda boleh melangkau langkah penghidratan. Sekali seminggu. gunakan krim rawatan untuk mengembalikan kelembapan dan nutrien yang amat diperlukan kepada rambut anda.

  • 3

    Larutan Tanpa Bilas

    Sama ada dalam bentuk krim atau semburan, larutan tanpa bilas ini telah menjadi sesuatu yang amat diperlukan dalam rutin penjagaan semua jenis rambut, termasuk rambut lembut. Dengan perlindungan haba, produk ini membantu meleraikan helaian rambut dengan lebih mudah, dan ini mengelakkan rambut daripada sering putus. Kesan kelembapannya membantu mengawal dan mengurangkan rambut kembang yang menjengkelkan apabila sentiasa muncul tanpa diundang.

  • 4

    Serum atau minyak rawatan

    Walaupun masih baharu dalam pasaran kosmetik, kedua-dua produk telah mendapat tempat dalam pasaran penjagaan rambut antara produk kegemaran mereka yang mempunyai rambut lurus. Untuk mengelakkan tekstur kering, serum dan minyak rawatan sebaik-baiknya digunakan dengan serta-merta selepas memberus rambut. Dijamin melawan rambut kembang!

  • 5

    Mousse

    Ini ialah produk yang lebih disukai untuk wanita yang mempunyai rambut lurus yang nipis dan kelihatan tidak bermaya. Ia boleh digosok dari akar untuk memberikannya tekstur berudara. Ia juga menambahkan ketebalan kepada rambut anda. Dengannya, anda boleh mendapat tekstur rambut lembut sempurna.

SERTAI PERBUALAN