Skip to content
Dua wanita ketawa dan membuat gerak isyarat tanda keamanan kepada kamera. Seorang daripada gadis remaja itu memakai fonkepala besar dan memegang buku nota sekolah.

BERIKAN RAMBUT ANDA SENTUHAN KASIH

REMEDI RAMBUT BUATAN SENDIRI

 

Selepas keluar malam atau penat sepanjang minggu, apakah perkara pertama yang anda mahu lakukan? Tidur sepanjang hari? Mendapatkan perkhidmatan mengurut? Atau merias kuku kaki atau kuku tangan? Tidak kiralah apa aktiviti santai pilihan anda, yang penting adalah untuk memanjakan diri anda – berikan diri anda sedikit sentuhan kasih yang badan anda perlukan. Jangan lupa bahawa menjaga diri anda juga bermakna menjaga perkara yang membuatkan anda kelihatan begitu glamor! Rambut Anda!

Rambut anda juga mengalami tekanan! Jangan bimbang, menyayangi rambut anda tidak memerlukan perkhidmatan salon yang mahal. Kami akan berkongsi rahsia kami agar anda boleh menyayangi dan menjaga rambut anda di rumah anda saja! Bagaimana? Hanya syampu dan rapikan rambut anda dengan cara yang betul. Berikut ialah beberapa perkara untuk diingati semasa anda melakukannya:

  • 1

    GUNAKAN SYAMPU SEDIKIT MUNGKIN

    Menggunakan terlalu banyak syampu boleh menyukarkan anda untuk membilas secara menyeluruh dan boleh meninggalkan lapisan perlindungan pada rambut yang akan menjadikannya kusam dan tidak bermaya, serta menyebabkan masalah lain, seperti kulit berkuping.

  • 2

    JANGAN LONGGOKKAN RAMBUT ANDA DI ATAS KEPALA ANDA

    Melonggokkan rambut di atas kepala anda hanya akan menyebabkan rambut kusut dan lebih banyak rambut putus. Lepaskan rambut anda semasa membasuh dan gunakan tangan anda untuk menggosok syampu dengan lembut dari akar rambut hingga hujungnya. Gunakan kaedah yang sama apabila mengeringkan rambut anda dengan tuala.

  • 3

    TIDAK TERLALU PANAS

    Gunakan air suam, bukan air panas, kerana air panas berkemungkinan besar akan menghakis rambut anda daripada kelembapan dan warnanya. Akhiri dengan membasuh rambut anda dengan air sejuk yang akan menjadikan rambut anda lebih berkilat selepas setiap basuhan syampu.

  • 4

    GOSOK PADA KULIT KEPALA

    Mengurut syampu ke kepala anda selama yang mungkin baik untuk kulit kepala anda. Jika rambut anda lebih tebal atau lebih panjang, anda boleh gunakan lebih banyak syampu. Jika rambut anda berminyak, basuh dengan syampu dua kali sebelum merapi.

  • 5

    GUNA PRODUK YANG BETUL

    Ketahui jenis rambut anda agar anda boleh membeli syampu dan perapi yang menepati keperluan rambut anda. Adakah rambut anda kasar, kering, tebal atau tidak bermaya? Penting untuk mengenal pasti masalah rambut, contohnya rambut gugur, kering atau kelemumur. Sunsilk dan pakar penjagaan rambut kami memudahkan hidup anda dengan menawarkan sebelas syampu khusus untuk disesuaikan dengan keperluan anda.

    Jika anda ikuti petua ini, apabila anda menyampu rambut anda selepas ini, pasti anda akan rasa disayangi dan dijaga dengan baik. Nasihat yang paling penting adalah untuk menyayangi rambut anda, pada masa rambut anda bermasalah atau sebaliknya, juga! Sentuh rambut dengan lembut dan lihat bagaimana keajaiban berlaku pada rambut anda. Ia akan menjadikan anda kelihatan lebih cantik setiap hari!