Skip to content
Syot dekat wanita yang sedang ketawa dengan tangannya terangkat ke atas.

KATAKAN TIDAK KEPADA KELEMUMUR

PETUA UNTUK KULIT KEPALA YANG LEBIH SIHAT

 

Kuping putih yang kelihatan pada rambut atau pakaian anda boleh memalukan anda dalam majlis atau upacara penting yang memerlukan anda memberi penampilan terbaik! Masalah ini tidak berakhir di situ! Kelemumur menyebabkan kulit kepala menjadi sangat gatal sehingga anda tidak dapat menahan daripada menggaru kepala anda. Ini boleh mewujudkan situasi yang tidak selesa dan menyebabkan anda hilang keyakinan! Punca masalah ini ialah kelemumur! Tetapi adakah anda tahu apa yang menyebabkannya dan betapa mudah untuk menghilangkannya? Biar kami beritahu anda!

Biasanya kulit kering adalah puncanya. Kebiasaan makan yang tidak betul boleh memburukkan lagi keadaan! Berikut ialah beberapa cara untuk menghilangkan kelemumur dan mendapatkan rambut yang betul-betul sihat.

  • 1

    PILIH SYAMPU YANG LEMBUT UNTUK KELEMUMUR

    Kebanyakan syampu Anti-kelemumur menyebabkan rambut anda kering dan menghilangkan kelembapan semula jadinya. Syampu yang dihasilkan untuk merawat kelemumur tanpa merosakkan rambut adalah penting. Anda mungkin perlu mencuba beberapa produk untuk mengenal pasti syampu yang paling sesuai dengan jenis rambut anda. Gunakan syampu lembut yang tidak merosakkan rambut anda.

  • 2

    CUBA GUNAKAN REMEDI BUATAN SENDIRI

    Menggunakan dadih yang ditapaikan, kerap menyapu minyak pada rambut dan mengamalkan pemakanan yang baik betul-betul dapat membantu menyelesaikan masalah kelemumur anda. Kurangkan makan makanan bergula dan yis, tetapi tambah protein, bijirin penuh, kekacang dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin B dan zink ke dalam diet anda.

  • 3

    PASTIKAN BAHANNYA SEMULA JADI

    Elakkan daripada mewarna rambut anda jika anda mengalami masalah kelemumur - ia hanya akan memburukkan lagi masalah anda. Produk penggayaan rambut menggunakan haba boleh menambahkan lebih banyak kerosakan kepada rambut dan kulit kepala anda, jadi cuba elakkannya jika boleh.

Beberapa langkah mudah ini membantu anda membasmi kelemumur daripada kulit kepala anda dan mendapatkan rambut sihat setiap hari!

; ;