Skip to content
Seorang wanita berkaca mata hitam tersenyum, rambut ikalnya yang hitam ditiup angin dengan lembut.

Merapi Dan Menjaga

CARA UNTUK MERAPIKAN RAMBUT ANDA

Adakah anda meluangkan masa untuk merapikan rambut anda selepas bersyampu? Jika tidak, anda melakukan kesilapan besar!

Merapikan rambut ialah langkah yang sangat penting dalam penjagaan rambut dan satu daripada langkah yang paling asas! Merapikan rambut anda ialah kunci untuk mendapatkan rambut yang lembut dan bebas kusut.
 

Perapi membantu memastikan setiap helaian rambut anda sihat, dan menambahkan kilatan rambut anda dan melembapkannya secara semula jadi! Tidak kira jenis rambut, rambut anda memerlukan perapian. Rapikan rambut anda dengan betul. Anda mungkin bertanya, bagaimanakah caranya untuk menggunakan perapi? Kami telah menyusun langkah-langkah yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan rambut yang subur dan sihat.


Pilih perapi yang betul: Setelah anda mengenal pasti jenis rambut anda, penting bagi anda menggunakan perapi yang direka untuk jenis rambut anda supaya mendapat hasil yang maksimum.

Pilih satu daripada rangkaian perapi Sunsilk yang telah dihasilkan untuk setiap jenis rambut.

• Mula dari hujung rambut: Hujung rambut anda memerlukan perhatian khas, kerana ia telah tumbuh agak lama dan lebih tua daripada rambut di bahagian akar.
Kesilapan biasa ialah menyapu perapi pada kulit kepala anda, sama seperti anda menggunakan syampu.
Bahagian hujung rambut yang sering terabai, yang perlu dilembapkan selalu untuk kekal sihat.

• Kulit kepala anda tidak memerlukannya: Fungsi utama perapi adalah untuk menyalutkan syaf rambut dan menutup kutikel rambut. Mewarna dan menggayakan rambut menggunakan haba menghilangkan kilatan dan kelembutan kutikel rambut. Perapi bertujuan untuk memulihkan kerosakan ini dan membantu membaiki rambut anda dengan pelembap yang diperlukan.
Kulit kepala anda tidak memerlukan rawatan ini.

• Masa adalah penting: Selepas bersyampu dan membilas rambut anda, rambut anda biasanya basah lencun. Perapi tidak akan melekat pada rambut anda pada masa ini. Keringkan rambut anda dengan tuala selepas membilas untuk menghilangkan syampu pada rambut dan gosokkan perapi untuk mendapat hasil yang maksimum.

• Gunakannya dengan betul: Sapu perapi pada hujung rambut anda dengan hujung jari anda. Anda juga boleh menggunakan sikat untuk melakukannya secara menyeluruh. Kemudian tunggu selama sekurang-kurangnya 3 minit sebelum membilas.